KESIHATAN PEKERJA JADI KEUTAMAAN

KOTA BHARU: Satu operasi sanitasi telah diadakan di Menara Perbadanan yang menempatkan beberapa pejabat jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan pada 12 April 2020. Seramai 12 orang petugas yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perbandaran Kota Bharu telah terlibat dalam operasi yang diadakan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan kakitangan Kerajaan.

Operasi yang diadakan melibatkan beberapa pejabat jabatan seperti Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini dilaksanakan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …