CUBAAN PENYELUDUPAN BARANG KAWALAN DI SEMPADAN BERJAYA DIPATAHKAN

 

RANTAU PANJANG 22 Jun : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Pasir Mas hari ini telah menerima serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am Batalion 8 berhubung penyeludupan barang kawalan ke sempadan negara.
Rampasan telah dilakukan di sebuah kediaman sekitar Rantau Panjang, Kelantan keatas bahan bakar minyak sebanyak 670 liter dengan nilai rampasan keseluruhan terhadap barang kawalan dianggarkan berjumlah RM 1440.05 bersama sebuah kenderaan berpendaftaran Malaysia serta seorang pemandu lelaki dan kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan penguat kuasa KPDNHEP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas keatas mana-mana individu yang melanggar undang-undang yang telah dikuatkuasakan.

Artikel/Berita Terkini

HIDROGEN SEBAGAI SUMBER TENAGA BAHARU

Hidrogen adalah unsur kimia yang paling ringan di dalam jadual berkala. Ia adalah unsur yang paling biasa di alam, terutamanya …
Maklumat Lanjut

STATUS TERKINI PENYAKIT MALARIA DI MALAYSIA

Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023. Walau bagaimanapun, …
Maklumat Lanjut

PANDANGAN ORANG MUDA JOHOR DIDENGARI

Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Johor yang berlangsung, hari ini, menjadi platform terbaik mendapatkan maklum balas …
Maklumat Lanjut