LITAR TENDONG ANTARA TREK TERBAIK DI MALAYSIA

 

PASIR MAS – Majoriti daripada 400 peserta Cabaran Motocross Terbuka Kelantan 2022 mengakui Litar Teluk Kerengga, Kampung Paloh Tendong antara trek perlumbaan terbaik di Malaysia.
Pemenang kategori MX Open, Mohamad Khairul Afif dari Selangor berkata Litar Teluk Kerengga berukuran 1.7 kilometer itu selesa dan sesuai dijadikan gelanggang penguji kehandalan aksi dan stamina para penunggang jentera lasak tempatan dan luar negara.
Trek yang menjadi medan aksi 19 kategori itu dibina oleh Mohd Hakimi Mohd Azmi, 26, pada tahun 2015 dan dinaik taraf oleh YB Ahmad Fadhli pada April lalu melibatkan kos RM40 ribu termasuk membina jalan simen sebagai laluan mudah untuk memasuki perkarangan litar.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Tendong, YB Rozi Muhamad pula mengumumkan trek yang dibina di atas rezab sungai Kelantan tersebut bakal dijadikan litar kekal untuk kejohanan seterusnya memandangkan lokasinya sesuai sebagai ekopelancongan melalui industri sukan lasak.
Majlis penutup dan upacara pengibaran Jalur Gemilang sebagai ketandaan pelepasan peserta kategori MX Open Final disempurnakan Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob yang disaksikan 3 ribu hadirin.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …