PROGRAM INISIATIF PENDIGITALAN SEKTOR PERUNCITAN (RETAIL DIGITALISATION INITIATIVE – REDI)

 

PASIR MAS 19 Jun : Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) bertempat di Pasar Besar, Tasik Raja Pasir Mas, Kelantan disini hari ini.
Objektif disasarkan kepada peniaga-peniaga di sekitar Pasir Mas terutama di sekitar Pasar Besar Tasek Raja, Pasir Mas Kelantan bagi promosi pendaftaran e-wallet.
Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) ini bukan hanya membantu pengurusan perniagaan pengusaha kecil malah turut memudahkan pengguna dengan mempelbagaikan kaedah penerimaan pembayaran.
Terdahulu pagi tadi, YBrs. Tuan Jibnurdin bin Saharudin, Ketua Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan telah menyampaikan taklimat berkaitan REDI kepada peniaga di Pasar Tasik Raja, Pasir Mas, Kelantan.
Seterusnya taklimat dengan pocket talk SME (SMALL MEDIUM ENTERPRISE) dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Negeri Kelantan.
Untuk makluman juga pembukaan booth pendaftaran e-wallet dibuka dari 20 hingga 22 Jun 2022 dari jam 9 pagi hingga 3 petang dengan penglibatan Ewallet seperti TnG, Boost, Maybank MAE dan Kelantan Pay bersama agensi lain AKPK serta SSM.
Program ini turut berlangsung dengan kerjasama Majlis Daerah Pasir Mas, Usaha Peranti Sendirian Berhad, dan Persatuan Peniaga Pasar Besar Tasek Raja.

Artikel/Berita Terkini

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …