CERAMAH DAN LATIHAN KEBAKARAN MK/KEM 4 DIV

KUALA LUMPUR: Seramai 10 pegawai dan 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas/Kem Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) terlibat dalam Ceramah dan Latihan Kebakaran MK/Kem 4 Div di Dewan Dato’ Othman Harun pada 9 Jun 2022. Wakil dari Bomba TD Sungai Buloh, Kpl Azammudin Azami menyampaikan ceramah mengenai kebakaran serta menunjukkan demonstrasi kebakaran kepada anggota pasukan.

Aktiviti ini dilaksanakan bagi memupuk kesedaran anggota pasukan betapa pentingnya pengetahuan mengenai jenis api, jenis alat pemadam api, cara mengatasi kebakaran kecil dan sebagainya. Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Kem Komandan Kem 4 Div kepada penceramah jemputan.

– Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia

SUMBER: FB BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA https://www.facebook.com/BTDMOnline

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut