PMB TD TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DEPUTY COMMANDING GENERAL USARPAC

KUALA LUMPUR: Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan menerima Kunjungan Hormat daripada Deputy Commanding General United States Army Pacific (USARPAC), Maj Gen Matthew W. McFarlane di pejabatnya pada 10 Jun 2022.

Terdahulu, ketibaan delegasi disambut oleh Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD), Brig Jen Datuk Johnny Lim Eng Seng dan Pegawai-pegawai Kanan MK PMBTD di perkarangan Kompleks MK PMBTD.

Kunjungan Hormat ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan Eksesais KERIS STRIKE dan Eksesais BERSAMA WARRIOR serta pengoperasian Security Forces Assistance Brigade (SFAB) di samping mengukuhkan hubungan bilateral USARPAC dengan PMBTD khasnya dan TD amnya.

Majlis diakhiri dengan acara menandatangani Buku Lawatan, pertukaran cenderahati dan acara bergambar. Lawatan ini sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pengukuhan Perhubungan Pertahanan.

 

SUMBER: FB BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA https://www.facebook.com/BTDMOnline

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …