SEMANGAT DAN AZAM BAHARU

Seramai 25 orang ketua isi rumah dari golongan miskin tegar di PPR Kerinchi telah merebut peluang menerusi Program Pelaksanaan Pembasmian Kemiskinan Tegar di Wilayah Persekutuan justeru berjaya menamatkan kursus asas Pemasaran dan Jualan secara dalam talian pada 15 Jun 2022.

Kursus ini yang merupakan anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Universiti Malaya (UM) telah disampaikan oleh YBrs. Profesor Dr. Yusniza Kamarulzaman dari Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, UM yang mengajar para peserta asas-asas perniagaan dalam talian yang perlu dititikberatkan. Semoga para peserta hari ini dapat mengaplikasi ilmu yang diberikan dan berjaya mendorong diri dan keluarga menjadi usahawan yang berjaya.

 

SUMBER: FB KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/KemWP

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …