SITUASI SEMASA COVID-19 DI PUTRAJAYA (5 JUN 2022 – 11 JUN 2022)

Sebanyak 253 kes COVID-19 dilaporkan pada minggu ke-23/2022, meningkat 8 kes (3.3%) berbanding 245 kes pada minggu sebelumnya. 74.7% kes adalah daripada saringan bergejala.

252 (99.6%) daripada kes pada minggu ke-23/2022 adalah tidak bergejala atau bergejala ringan (kategori 1 dan 2). Sebanyak 26 kematian dilaporkan di mana dua(2) kematian berlaku pada tahun 2022. Tiada kluster aktif pada minggu semasa.

Bagi pencapaian vaksinasi COVID-19 di Putrajaya sehingga akhir minggu ke-23/2022 pula, peratus pemberian dos penggalak di kalangan dewasa (18+ tahun) adalah sebanyak 94.8% dan yang telah lengkap vaksinasi adalah 118.3%. Pemberian vaksin kepada golongan remaja (12-17 tahun) dan kanak-kanak (5-11 tahun) pula telah mencapai masing-masing 99.6% dan 57.9%. PKPj juga telah memulakan pemberian dos kedua kepada kanak-kanak (5-11 tahun) dengan pencapaian 41.6% (12,460).

Terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan iaitu; Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat); Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Lakukan penilaian kendiri sebelum pergi ke tempat-tempat yang hendak dilawati. Segera dapatkan vaksin primer dan penggalak COVID-19 dan teruskan amalan TRIIS (Test, Report, Inform, Isolate, Seek help), segera jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala.

Dr. Zainal Abidin Abu Bakar

Pegawai Kesihatan WP Putrajaya

13 Jun 2022

 

SUMBER: FB ZAINAL ABIDIN ABU BAKAR https://www.facebook.com/zainalabidin.nurain

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …