COVID 19 – WHATSAPP ISYTIHAR MELAWAN BERITA PALSU

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkata bahawa penularan berita palsu meningkat dan berlegar sepanjang pandemik COVID-19 ini mencerminkan tindakan yang  tidak bertanggungjawab yang sekaligus berupaya untuk menggugat keharmonian awam. Beliau turut meluahkan rasa kesal terhadap perkara ini lalu menggesa semua pihak menggembleng tenaga bagi membantu kerajaan untuk menangani penularan wabak COVID-19.

 

Isu penularan berita palsu ini turut dirasai di peringkat global. Dengan pengawasan yang lebih tinggi/ketat mengenai potensi aplikasi komunikasi (mesej peribadi) untuk menyebarkan maklumat palsu dan tidak tepat mengenai wabak Coronavirus, WhatsApp pada Selasa lalu telah mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan batasan (limitation) baharu dalam penghantaran mesej. WhatsApp yang dimiliki sepenuhnya oleh Facebook Inc. mengatakan bahawa:

 

  1. Mesej yang telah dikenalpasti sebagai ‘higly forwarded’;
  2. Dihantar melalui rangkaian lima (5) orang atau lebih;
  3. Mesej tersebut akan HANYA boleh dimajukan (forward) kepada seorang SAHAJA

 

Langkah ini direka untuk mengurangkan kelajuan sesuatu mesej (maklumat) bergerak melalui aplikasi WhatsApp, lantas meletakan kebenaran dan fiksyen pada kedudukan yang lebih baik.

 

Sumber gambar : https://faq.whatsapp.com

Langkah yang diumumkan ini tidaklah sepenuhnya dapat menghalang ‘widespread forwarding’, kerana pada akhirnya mesej (maklumat) tersebut masih boleh dikongsi bergantung kepada KECEKALAN pengguna untuk menekan butang forward, satu per satu. Pada tahun 2018, WhatsApp mula bereksperimen dengan meletakkan had pada bilangan mesej (maklumat) yang boleh dimajukan (forward) dan menambah ikon dua (2) anak panah untuk menunjukkan bahawa mesej tersebut telah dihantar berulang kali.

 

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut