4 KELUARGA DISANTUNI DALAM PROGRAM MOBILE TEAM ICU-JPM

KUALA LUMPUR – MAIWP telah berkesempatan menyertai Program Mobile Team ICU-JPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diadakan secara berkala pada setiap bulan. Program ini bertujuan bagi memastikan tiada berlaku keciciran keluarga di Kuala Lumpur untuk menerima bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan.

Diantara agensi yang terlibat dalam program ini adalah Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU-JPM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga Kementerian Wilayah Persekutuan. Dalam program ini, Skuad Jejak Asnaf MAIWP berpeluang dapat menyantuni 4 keluarga yang dikategorikan sebagai asnaf dan layak menerima bantuan zakat. Kebanyakan keluarga yang diziarahi hari ini mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan kepada bantuan perubatan.

Program ini disifatkan sebagai satu usaha yang baik untuk diteruskan di masa akan datang. Penglibatan daripada pelbagai pihak ini dilihat dapat membantu setiap agensi kerajaan menambahbaik mutu perkhidmatan supaya menjadi lebih efisen.

Terima Kasih Pembayar Zakat Pusat Pungutan Zakat, Amanah Zakat MAIWP Tunaikan.

 

SUMBER: FB MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …