AKTIVITI PENGUATKUASAAN JPJ PULAU PINANG DI TERMINAL LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BAYAN LEPAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang terhadap kenderaan e-hailing yang didapati meletak kenderaan dan menunggu di tempat tidak dibenarkan iaitu di Balai Ketibaan dan Balai Berlepas di Terminal Airport.

Tindakan segelintir pemandu menunggu dan melanggan penumpang apabila ketibaan pesawat menyebabkan gangguan lalu lintas di terminal dan menjadi sesak terutama semasa ketibaan pesawat. Tindakan penguatkuasaan juga telah diambil terhadap kenderaan persendirian yang didapati meletak kenderaan ditempat tidak dibenarkan iaitu di sekitar laluan masuk dan keluar terminal lapangan terbang.

Operasi ini akan diadakan secara berterusan serta tindakan akan diambil kepada pemandu atau pemilik kenderaan yang tidak patuh peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Sumber : JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …