SITUASI SEMASA DENGGI DI PUTRAJAYA (5 JUN 2022 – 11 JUN 2022)

Tren Denggi masih diambang bahaya!

Sebanyak 13 kes dan satu (1) wabak Denggi baharu dilaporkan sepanjang Minggu Epid ke-23/2022 minggu lepas. Tiga (23.1%) kes yang didaftarkan minggu lepas adalah dari Parcel 15-12B, Presint 15 sekaligus menjadikan lokaliti tersebut sebagai lokaliti wabak baharu Denggi. Secara kumulatif, Putrajaya telah mendaftarkan 94 kes dan 12 wabak. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 53 kes (+129.3%) dan pertambahan 5 wabak (+71.4%) berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Pejabat Kesihatan WP Putrajaya (PKPj) sedang giat menjalankan aktiviti kawalan memfokuskan kawasan-kawasan yang mendaftarkan kes dan wabak Denggi. Aktiviti ini turut melibatkan kerjasama agensi luar seperti @Bahagian Pengurusan Hartanah, @Perbadanan Putrajaya, @MPPWP Putrajaya, @COMBI K.L & PUTRAJAYA, @Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional , @AlamFlora, @Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya contohnya Program Gotong-royong Mega 1.0 Perangi Aedes dan Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat WP Putrajaya yang telah diadakan pada 12 Jun 2022 di salah satu lokaliti wabak Denggi aktif iaitu di Fasa 4C, Presint 8. PKPj ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang memberangsangkan daripada setiap agensi terutamanya kepada penghuni Fasa 4C yang proaktif untuk turut serta dalam program berkenaan.

Hasil aktiviti kawalan PKPj masih menemukan pembiakan dalam rumah penghuni dan luar di sekitar kawasan kes Denggi seperti gambar dilampirkan.

PKPj ingin mengingatkan semua warga Putrajaya sekali lagi, Denggi hanya boleh ditangani jika kita semua bersatu. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.

Kita semua perlu jalankan aktiviti ”Cari & Musnah” tempat pembiakan nyamuk setiap minggu!

  • Jangan biarkan barang milik kita atau barang bawah jagaan kita menjadi tempat pembiakan nyamuk.
  • Aktiviti semburan nyamuk (fogging) tidak mampu membunuh jentik-jentik. Fogging hanya mampu membunuh sekitar 20-30% jumlah nyamuk dewasa.
  • Jadi cara lain adalah dengan memastikan tiada jentik-jentik di dalam kawasan kita, tiada tempat/bekas menakung air yang boleh memberi ruang kepada nyamuk untuk bertelur. Jentik-jentik boleh dimusnahkan dengan cara buang, musnahkan atau bersihkan semua kawasan yang menakung air
  • Justeru, lakukanlah aktiviti Cari & Musnah ini setiap minggu

Dr. Zainal Abidin bin Abu Bakar

Pegawai Kesihatan WP Putrajaya

13 Jun 2022

 

SUMBER: FB ZAINAL ABIDIN ABU BAKAR https://www.facebook.com/zainalabidin.nurain

Artikel/Berita Terkini

AIDILFITRI: 1.6 JUTA KENDERAAN DIJANGKA GUNA LEBUH RAYA DI SELURUH SELANGOR

KAJANG, 25 Mac – Kira-kira 1.6 juta kenderaan dijangka keluar serta masuk ke Selangor sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini. Ketua …
Maklumat Lanjut

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) DIPERLUAS KEPADA 5.4 JUTA PENERIMA BERMULA 1 APRIL 2025

Bermula 1 April 2025, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas kepada 5.4 juta penerima! Bantuan akan dikreditkan secara bulanan ke …
Maklumat Lanjut

AIDILFITRI: 810,000 KENDERAAN DIJANGKA MASUK NEGERI SEMBILAN

Polis Negeri Sembilan menjangkakan 810,000 kenderaan akan memasuki negeri ini sepanjang cuti perayaan Aidilfitri ini. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut