OPS LAMPU HID (HIGH INTENSITY DISHCHARGE) DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi, JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan penguatkuasan ke atas pengguna kenderaan persendirian yang didapati memasang lampu High lntensity Dishcharge (HID) atau lampu yang mempunyai gas xenon tetapi tidak mempunyai filamen berserta 2 unit Ballast yang dipasang secara retrofit tanpa kebenaran. Pemasangan lampu ini secara retrofit boleh menyebabkan gangguan penglihatan kepada pemandu lain, menyebabkan silau berlebihan dan menjadi lebih bahaya pada waktu hujan serta menimbulkan ketidakselesaan kepada pemandu dari arah bertentangan.

Penguatkuasaan kesalahan di bawah Kaedah 94 C&U 1959 ini dilaksanakan berikutan banyak maklumbalas yang diterima dari rakan- rakan FB JPJ Negeri Pulau Pinang berkenaan kesalahan lampu putih (HID) yang menyebab ketidakselesaan semasa pemanduan. Jabatan ini mengambil maklum perkara tersebut dan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya semasa memandu.

Sumber : JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut