KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA CADANG SISTEM KAD PENGENALAN IKUT SEKTOR ATASI MASALAH PEMINDAHAN PEKERJA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar dan Operasi)

Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memperkenalkan sistem kad pengenalan mengikut sektor di negara ini bagi mengatasi masalah pekerja asing yang dilaporkan berpindah ke sektor lain sewenang-wenangnya.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata permintaan tinggi di sektor perladangan terutamanya susulan kenaikan harga kelapa sawit ketika ini menyebabkan pemilik ladang sanggup membayar gaji yang lebih, sehingga ada pekerja yang bertukar ke sektor itu.

Perkara ini menyebabkan ada pekerja yang lari dan dicuri antara sektor, jadi sekarang kita berusaha mengatasi masalah ini. Beliau berkata pengenalan sistem kad pengenalan mengikut sektor itu juga dapat memastikan tiada majikan menyalah guna pendaftaran pekerja.

Antara permasalahan yang dikenal pasti ialah pembayaran levi untuk sector pertanian adalah lebih murah, justeru itu ramai majikan walaupun dalam sektor lain tetapi mereka membawa masuk pekerja warga asing dengan saluran pertanian kerana lebih murah.

Melalui pengenalan sistem kad mengikut sektor ini, kita dapat atasi perkara ini dan ia juga akan memudahkan penguatkuasaan pihak berkuasa khususnya Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia.

Sumber:

Bernama | The Sun Daily

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …