8 JOHAN WAKILI KELANTAN KE MTHQK 2022

 

JOHOR BAHRU – Lapan johan mewakili Kelantan ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar bermula malam ini.
Majlis pembukaan telah sempurna dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.
Pembuka acara bakal dimulakan oleh Johan Qari yang baharu merangkap Bilal Masjid Langgar, Kota Bharu, Mohd Nazri Daud yang berasal dari Pasir Mas.
Disusuli Johan Qariah, Munirah Kasim. Guru Agama di Sekolah Ma’ahad Syamsul Ma’arif Perempuan itu ialah Johan Menunggu MTHQ Peringkat Negeri Kelantan pada tahun lalu.
Enam peserta lagi ialah Johan Hafiz tahap 1 (1-10 juzuk) iaitu pelajar Maahad Tahfiz Sains Bustanul Ariffin, Muhammad Fairuz Mifzal Mohd Fayzal.
Bagi Kategori Hafizah pula, Johan Tahap 1 (1-10 juzuk) dimenangi penuntut Maahad Tahfiz Barniyah Putri, Wan Nur Farzana Wan Mohamad Rafi.
Sementara itu, Muhammad Arif Asyraaf Mohd Noor yang mengungguli piala Johan Hafiz Tahap 2 (1-20 Juzuk) ialah pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra.
Manakala Johan Hafizah Tahap 2 (1-20 Juzuk) pula disandang oleh siswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Nurul Aida Mardhiah Ab Kadir.
Staf Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Agama Islam Banggol Kulim, Abdullah Ulwan Ismail mewakili Kelantan dengan gelaran Johan Hafiz Tahap 3 (1-30 Juzuk) bersama siswi Universiti Malaya, Afifa Syakirah Mohd Radzi selaku Johan Hafizah Tahap 3 (1-30 Juzuk).
Semoga para ahli Quran yang mewakili negeri Serambi Mekah ini beroleh kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama Kelantan Darul Naim di peringkat kebangsaan.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut