PERNAS BANTU LAHIR LEBIH RAMAI USAHAWAN FRANCAIS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca Krisis Pandemik)

 Lebih ramai usahawan francais akan dilahirkan menerusi Program Bizfrancais 2022 yang dianjurkan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) di beberapa negeri pada tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Keusahawanan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Zamri Salleh berkata, program bertujuan membuka peluang kepada usahawan sedia ada serta bakal usahawan untuk mengetahui informasi terkini mengenai perniagaan francais.

Menurutnya, usaha terbabit akan merancakkan lagi industri francais di negara ini sekali gus meningkatkan taraf sosio ekonomi.

Selain melahirkan lebih ramai usahawan francais, program ini turut menjadi platform membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi tempatan yang menggalakkan peniaga-peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan sistem francais melalui program Business In Transformation (BIT).

Melalui program ini juga, KUSKOP turut menyasarkan untuk sekurang-kurangnya 25 usahawan baharu dan menaikkan jenama mereka setanding perniagaan francais terkemuka di negara ini

Menurut beliau lagi, industri francais di Malaysia berkembang pada tahap membanggakan apabila sebanyak 1,137 syarikat francais telah berdaftar setakat ini.

Jelasnya, daripada jumlah itu 68 syarikat francais tempatan telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa di 70 buah negara dan pencapaian itu membuktikan industri francais mendapat tempat di kalangan usahawan sebagai cabang perniagaan berdaya maju.

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …