3 NGO GABUNGKAN 3 TADIKA, DIDIK MURID BERTANI SEMPENA HARI ALAM SEKITAR

 

PASIR MAS – Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun, tiga Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Kelab Komuniti Tani-Ternak Pasir Mas (KITABINA) bersama Kelab Titian Rohani Pasir Mas (KETITIR) dan Persatuan Aspirasi Pasir Mas (ASPIRASI) bergabung menganjurkan program Hijaukan Alam Sekitar Melalui Bertani.
Program tersebut berlangsung di perkarangan kebun fertigasi KITABINA, Kampung Beta, Pohon Buloh, Jalan Meranti.
Menurut Pengerusi KITABINA, Fadly Zakaria, program pendidikan tani tersebut dirancang khas bagi menyemai kesedaran mencintai alam sekitar kepada kanak-kanak pra sekolah.
“Bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun, KITABINA cuba menghayatinya mengikut cara tersendiri. Kita pelawa anak-anak mewakili tiga tadika yakni Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Huda, Taman Bimbingan Kanak-kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat (TABIKA KEMAS) Restu dan Tadika Tengku Anis Pasir Mas bercucuk-tanam lada Solok”, katanya.
Tambahnya, tarikh berkembar 6/6/22 dipilih supaya Tunas Tani itu mudah ingat pengalaman pertama kali mereka menanam pokok cili untuk menghijaukan alam sekitar melalui bidang pertanian kerana bertani adalah ibadah.
Kanak-kanak semuanya gembira mengikuti program cuti sekolah dengan belajar teknik menanam lada dan teruja menuai hasil tanaman di kebun fertigasi KITABINA.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut