PASAR SUMAYYAH STRATEGIK, JADI TUMPUAN RAMAI

 

TUMPAT – Kebanyakan peniaga di Pasar Sumayyah di Bandar Bentara Tumpat berpuas hati dengan lokasi yang strategik dan kemudahan yang disediakan di pasar tersebut berbanding pasar lama.
Selepas lebih empat tahun beroperasi, pasar bernilai RM9.2 juta itu dilengkapi 335 lot kedai di laluan strategik ke bandar Tumpat.
Menurut peniaga pakaian, Rohana Ismail, 56, yang berasal dari Kampung Dalam Rhu, kemudahan yang disediakan di Pasar Sumayyah lebih praktikal dengan petak parkir kenderaan yang banyak serta ruang niaga yang luas berbanding dengan pasar dulu.
“Dari segi jualan, ada peningkatan yang banyak apabila pasar ini mula dikunjungi orang ramai berbanding pada peringkat awal beroperasi,” katanya ketika ditemui, semalam.
Bagi peniaga sayur berketurunan Siam, Salin A/P Eh Cheng, 48 yang berasal dari Kampung Kok Seraya pula, Pasar Sumayyah amat strategik di Bandar Bentara.
“Kelebihannya, pengunjung senang memperolehi barang-barang keperluan harian di satu pusat perniagaan dengan suasana yang selesa khasnya tempat perniagaan buah-buahan dan sayur-sayuran yang selalu menjadi pilihan pengunjung,” katanya.
Peniaga minuman, Che Mat Omar, 74, yang berasal dari Kampung Dalam Rhu turut berpendapat, sambutan daripada pelancong meningkat khususnya pada musim cuti sekolah atau pada musim perayaan disebabkan kemudahan letak kenderaan dan kedudukan yang strategik ke bandar Tumpat.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …