5,200 KG AYAM STANDARD BERSIH TERJUAL DALAM PROGRAM JUALAN KELUARGA MALAYSIA (PJKM) PARLIMEN GUA MUSANG YANG BERLANGSUNG PADA 08 & 09 JUN 2022

 

GUA MUSANG 9 Jun : Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) peringkat Parlimen Gua Musang yang berlangsung selama dua hari di Lokasi Tapak Pasar Malam RKT Sg. Asap B, Gua Musang disini mendapat sambutan hangat dari penduduk sekitar disini semalam dan hari ini.
Rata-rata penduduk di kawasan sekitar berpuashati dengan jualan barangan keperluan asas seperti Beras, Sayuran, Ikan, Ayam Segar, Minyak Masak dan lain-lain barangan dijual dengan harga rendah serta berpatutan daripada harga pasaran biasa.
Seawal jam 8.30 pg penduduk kebanyakan terdiri dari suri rumah telah menyerbu bagi membeli barangan keperluan asas dan keperluan harian.
Antara barangan yang menjadi tumpuan ialah Ayam Standard yang dijual dengan harga RM7.90/ kg dan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 1950 ekor (5,200kg) Ayam Bersih Standard telah habis seawal jam 11.00 pagi dua hari berturut-turut.
Keseluruhan jualan pada Program yang berlangsung dua hari dari jam 8.30 pagi hingga jam 2.00 petang sebanyak RM75,000.00 dengan kehadiran 2000 pengunjung sekitar terdiri dari golongan B40.

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut