POLIS RAMPAS ARAK, SUAMI ISTERI DITAHAN DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang menahan pasangan suami isteri warga Myanmar dan merampas pelbagai jenis minuman keras bernilai RM118,691 termasuk cukai yang disimpan dan diniagakan tanpa kebenaran dalam dua serbuan Op Kontraban di Taman Nagasari, Perai di sini, semalam.

Bertindak hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan, sepasukan Unit Risikan Marin (URM) menyerbu dua premis berkenaan pada 11 pagi. Dalam serbuan pertama ke atas sebuah rumah dua tingkat di taman berkenaan, polis menahan pasangan berusia 30 dan 40 tahun itu selepas menemukan 1,272 tin minuman keras pelbagai jenama di dalam rumah itu dan dalam serbuan susulan di sebuah rumah di taman yang sama sebanyak 3,960 tin lagi arak pelbagai jenama ditemukan.

Menurutnya, kesemua 5,232 tin arak yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM118,691 termasuk cukai dan pemeriksaan mendapati pasangan itu tidak mempunyai lesen untuk menjual dan menyimpan semua minuman keras berkenaan.

Pasangan itu direman selama lima hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.

Sumber : HM 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …