FRONTLINER – TERUSKAN PERJUANGANMU

Kenderaan diperiksa dengan teliti bagi memastikan orang ramai patuh kepada PKP

IPOH – Petugas barisan hadapan terus komited melaksanakan tanggungjawab dalam memastikan rakyat terus patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memasuki fasa kedua bermula 1 April 2020. Petugas keselamatan yang terdiri dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat bersemangat melaksanakan tanggungjawab masing-masing di sekatan jalan raya yang dibuat dengan memeriksa setiap kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Setiap kenderaan diperiksa dengan teliti bagi memastikan orang ramai keluar hanya untuk tujuan yang dibenarkan sahaja. Manakala bagi mereka yang gagal memberikan alasan yang kukuh akan diarah untuk berpatah balik atau diberikan amaran agar tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Sehubungan dengan itu, orang ramai diseru untuk terus patuh kepada PKP dan arahan pihak berkuasa agar rantaian COVID19 akan dapat segera dihentikan di negara kita. 

Sumber foto – FB Polis Kuala Kangsar
RELA dan Angkatan Pertahanan Awam turut membantu PDRM dalam sekatan jalan raya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …