KOLABORASI PTPTN-YPM BANTU PELAJAR GOLONGAN ASNAF MENDAPAT AKSES PENDIDIKAN SEMPURNA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Memelihara Golongan Rentan)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa proaktif membantu pelajar daripada golongan B40 bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut memperoleh akses pendidikan sempurna, berkebolehan dalam pelbagai bidang dan seterusnya mencapai kejayaan.

Selaras dengan matlamat tersebut, PTPTN telah berkolaborasi dengan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM150,000 kepada YPM dalam Majlis Pengumuman Program Kerjasama PTPTN-YPM yang diadakan di Menara PTPTN pada 8 Jun 2022.

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan bahawa sumbangan yang diberikan adalah merangkumi Program Pintar@KPLB-PTPTN, Skim Anak Angkat PTPTN dan sumbangan untuk Akaun Simpan SSPN Prime.

Sumber : Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …