AKTIVITI PENGUATKUASAAN OLEH JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi, JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan aktiviti penguatkuasaan dan telah dapat mengesan sebuah kenderaan yang mencurigakan di KM 139 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). Hasil pemeriksaaan mendapati kesalahan yang dilakukan adalah lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Kesalahan adalah di bawah Seksyen 23(1) APJ 1987 – Didenda tidak melebihi RM 2,000 dan Seksyen 90(1) APJ 1987 – Didenda tidak melebihi RM 1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-Aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Sumber : Laman FB JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …