APMM ZON MARITIM LABUAN MENAHAN BOT NELAYAN WARGA ASING YANG TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN PENGENALAN DIRI YANG SAH

WP LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Labuan telah menahan seorang warga asing yang bekerja di atas sebuah bot nelayan tempatan tanpa memiliki dokumen pengenalan diri yang sah di perairan Pulau Tiga, pada minggu lalu.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, semasa rondaan rutin Op Benteng/Op Khas Pagar Laut 1/22, pasukan operasi telah mengesan bot tersebut sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kedudukan 2.7 batu nautika dari Pulau Tiga.
Pemeriksaan mendapati bahawa bot nelayan berkenaan dikendalikan oleh 11 orang kru asing warga Filipina yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 42 tahun. Pemeriksaan dokumentasi mendapati salah seorang daripada kru tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
Bot, tekong bersama kesemua kru ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 dan Peraturan Peraturan Pelabuhan Dermaga 2008 (Kapal Kecil Berlesen Sabah).
SUMBER: APMM WP LABUAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …