????????? ???????????? ??????????? ???? ?? ?????? ??????????

KUALA LUMPUR – SWCorp Wilayah Persekutuan telah membuat semakan di beberapa premis bertingkat di Putrajaya bagi melihat pengurusan sisa pepejal yang dilaksanakan oleh Badan Pengurusan Harta Bersama (MC/JMB) selaras dengan Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim bagi sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah) 2011 pada 2 Jun 2022.

Pengarah Wilayah Persekutuan (PWP), Puan Ummi Kalthum binti Shuib serta beberapa pegawai telah membuat simulasi penambaikan pengurusan sisa pepejal di kediaman bertingkat serta memberi penerangan kepada pihak JMB supaya dapat memperkasakan pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca (SAS) dan budaya kitar semula.

SWCorp Wilayah Persekutuan juga akan memperkukuhkan libat urus bersama MC/JMB di sepanjang tahun 2022, sebelum penguatkuasaan dijalankan ke atas 1,800 premis bertingkat di Wilayah Persekutuan. Bilangan ini adalah bilangan kediaman bertingkat paling tinggi berbanding semua negeri yang menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672).

Jika disabitkan kesalahan JMB boleh didenda di bawah Peraturan 21( peraturan – peraturan yang sama dan membawa kepada denda sebanyak RM1,000 bagi setiap satu kesalahan berikut:

1) JMB gagal menyediakan dan menyelenggara tempat pungutan;

2) JMB gagal memastikan penghuni menghantar sisa baki ke dalam tong sampah;

3) JMB gagal memastikan bahawa penghuni membungkus sisa baki sebelum diletakkan ke dalam tong sampah;

4) JMB gagal memastikan bahawa penghuni membalut dan membungkus sisa baki yang mempunyai tepi yang tajam;

5) JMB gagal memastikan tong sisa pepejal berada dlm keadaan baik dan tidak mengambil tindakan bagi membaiki atau menggantikan bekas tersebut; dan/atau

6) Meletakkan apa-apa buangan terjadual di dalam tong sisa pepejal atau menyalah guna tong sisa pepejal.

PWP memohon supaya semua JMB memberi kerjasama di sepanjang tempoh libat urus, dan membuat perubahan segera di kediaman bertingkat yang dijaga oleh mereka. Pihak JMB boleh menghubungi Puan Norhidayu Saari, Penolong Pegawai Penguat kuasa SWCorp Wilayah Persekutuan (017-598 1949) untuk maklumat lanjut.

 

SUMBER: FB SWCORP WILAYAH PERSEKUTUANΒ  https://www.facebook.com/SWCorpWilayahPersekutuanKualaLumpurDanPutrajaya

Artikel/Berita Terkini

PEMANJAT 9 NEGARA BERSAING KEJOHANAN MEMANJAT POKOK ASIA PASIFIK

KUANTAN: Seramai 51 peserta daripada sembilan negara termasuk Malaysia bersaing dalam Kejohanan Memanjat Pokok Asia Pasifik 2024 (APTCC) yang berlangsung …
Maklumat Lanjut

JKDM SABAH RAMPAS MINUMAN KERAS DALAM LIMA KONTENA BERNILAI LEBIH RM1.9 JUTA

RAMPAS: Mohd Nasir menunjukkan rampasan minuman keras semasa sidang media di sini. KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah …
Maklumat Lanjut

DUN SABAH LULUS TIGA RUU

BENTANG: Hajiji ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 pada Persidangan DUN Sabah. KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) …
Maklumat Lanjut