TAMAN NEGERI MARIN SEBAGAI SATU PRODUK PERLANCONGAN TERENGGANU

————————————————————————————-

KUALA TERENGGANU , 7 JUN 2022

————————————————————————————-

Kerajaan Terengganu akan mewartakan beberapa pulau di negeri ini sebagai Taman Negeri Marin dalam usaha merancakkan lagi industri perlancongan negeri serta meningkatkan sumber ekonomi rakyat tempatan. Selain itu juga, dengan adanya Taman Negeri Marin ini ia dapat mempromosikan Terengganu ke seluruh pelusuk dunia.

Kerajaan negeri terus komited untuk memastikan biodiversiti marin khususnya memastikan ekosistem habitat terumbu karang terus terpelihara, mementingkan aspek keselamatan makanan, sara hidup mampan dan pembangunan ekopelancongan di perairan dan kepulauan di Terengganu.

Selain itu juga, MALAYSIA memang terkenal di seluruh dunia dengan keindahan pulau-pulau yang cantik dan mempesonakan. Kebanyakan di negara ini masih terpelihara alam semula jadinya hasil usaha kerajaan menggazetkan kawasan perairan laut sebagai Taman Laut Negara.

Penubuhan taman laut bertujuan melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik. Sebanyak 42 pulau di seluruh negara diwartakan sebagai taman laut membabitkan 13 perairan di Terengganu, sembilan di Pahang, 13 di Johor, empat di Kedah dan tiga di Labuan. Pengezonan perairan laut itu berikutan Malaysia antara 12 negara mega biodiversiti di dunia dan terletak di dalam kawasan Segitiga Terumbu Karang (CTI) yang dikelilingi perairan Laut Andaman, Selat Melaka, Laut Sulu dan Laut Sulawesi.

Ia menjadikan Malaysia kaya dengan biodiversiti marin berikutan 83 peratus spesies terumbu karang dunia direkodkan. Selain menjaga ekosistem, taman laut turut menjadi penyumbang terbesar dalam industri pelancongan negara apabila ia menjadi pilihan utama pelancong menikmati sendiri keindahan dasar laut serta alam semula jadi di sekitarnya.

‘NILAI TERAS KEUTUHAN EKONOMI’

‘NILAI TERAS PEMBANGUANAN MAMPAN’

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut