KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2021

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Pengurusan Sistem Pendidikan Kebangsaan Secara Menyeluruh)

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan diumumkan pada 16 Jun ini bermula jam 10 pagi.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan berkenaan di sekolah masing-masing manakala bagi calon persendirian slip keputusan itu akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

“Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu pertama secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my bermula 16 Jun pada jam 10 pagi hingga 24 Jun jam 6 petang.

“Selain itu calon juga boleh mendapatkan keputusan berkenaan melalui SMS bagi mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem tersebut akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga jam 6 petang pada 22 Jun 2022.

Peperiksaan SPM 2021 yang diadakan pada 2 hingga 29 Mac lalu membabitkan seramai 407,097 calon.

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …