PENGUATKUASAAN OPS MOTOSIKAL DI PLAZA TOL JAMBATAN PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Penguatkuasaan Ops Motosikal di lorong motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang pada 5 dan 6 Jun 2022.

Operasi motosikal ini diadakan bertujuan untuk memastikan penunggang dan pembonceng motosikal mematuhi peraturan dan undang- undang di jalan raya serta mengurangkan kadar kemalangan dan mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berdisiplin, berhemah dan bertimbang-rasa semasa memandu di jalan raya.

Sepanjang penguatkuasaan ini diadakan, pelbagai kesalahan telah dikesan. Penunggang dan pemilik motosikal adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang undang berkuatkuasa serta memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Sumber:

Laman FB JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …