PERATURAN PERLU DIPATUHI

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bertindak melaksanakan tindakan sita terhadap skuter elektrik yang beroperasi tanpa kebenaran di Dataran Merdeka pada 4 Jun 2022 yang lalu.

Dataran Merdeka bukanlah kawasan yang diwartakan untuk aktiviti SKUTER ELEKTRIK dan ini adalah selaras dengan arahan kerajaan yang tidak membenarkan ianya beroperasi di atas jalan awam.

Operasi tanpa kebenaran oleh DBKL ini juga telah menyebabkan ketidak selesaan kepada pengunjung di kawasan ini. Provokasi yang dilakukan oleh pengendali aktiviti ini tidak akan menjejaskan DBKL untuk meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana peraturan yang tidak dipatuhi.

#klbandarku

#klbandaruntuksemua

#kl50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …