PROJEK PEMBANGUNAN HOSPITAL BARU KBMC

 

KBMC merupakan hospital swasta pertama di Kelantan dan kini melebarkan sayapnya dengan pembangunan 2 blok baru iaitu blok bangunan hospital setinggi 12 tingkat dan blok bangunan parkir dan klinik-klinik pakar setinggi 11 tingkat dan kedua-dua blok ini dihubungkan melalui jejambat pejalan kaki. Keluasan tapak ini adalah 2.86 ekar.
Hospital baru KBMC mempunyai kapasiti 205 katil ini akan menyediakan pelbagai fasiliti dengan kelengkapan perubatan terkini antaranya dewan bedah moden, labor & delivery suite, unit radiografi (MRI, CT Scan), pusat saringan kesihatan, unit rawatan rapi, wad rehabilitasi, pusat rawatan kimo, makmal dan sebagainya.
Pembinaan hospital baru ini akan bermula pada pertengahan tahun 2022 dan dijangka beroperasi selewatnya suku pertama tahun 2025 ini akan menawarkan sehingga 400 peluang pekerjaan baru yang keutamaannya diberi kepada anak tempatan.
Terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada KBMC di atas pembinaan hospital baru yang bakal meningkatkan keupayaan ekonomi di negeri Kelantan seterusnya mengubah landskap dalam sektor penjagaan kesihatan dan hospitaliti di negeri ini.

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …