MAIWP BERJAYA BINA 12 RUMAH ASNAF SEPANJANG LIMA TAHUN

WP LABUAN – Sejak 2018 sehingga tahun ini,  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berjaya membina sebanyak 12 buah rumah untuk golongan asnaf  membabitkan peruntukan sebanyak RM810,000.00

Demikian diberitahu oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary kepada media selepas Majlis Penyerahan  Bantuan Bina Rumah MAIWP bernilai RM70,000  di Kampung Ganggarak dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama pada majlis itu, Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzli Md Saad.

Marzuk berkata dalam tempoh yang sama sebanyak 24 buah rumah telah berjaya dibaik pulih melalui skim bantuan baik pulih  rumah asnaf melibatkan peruntukan berjumlah RM779, 915.

“ Kerajaan melalui MAIWP akan terus membantu dan menyalurkan bantuan  wang zakat dengan sebaik mungkin untuk membantu golongan yang memerlukan.

“ Ini adalah komitmen MAIWP untuk memastikan golongan asnaf di Labuan ini dibantu sebaiknya,” katanya

Sebelum itu,  Marzuk yang diiringi Ustaz Md Fadzli telah  menyantuni  dua lagi keluarga asnaf masing masing di kampung Sungai Bedaun dan Kampung Tanjung Aru untuk menyampaikan bantuan peralatan kesihatan dan bantuan kewangan bulanan  sempena Program Ziarah Syawal MAIWP.

SUMBER: MAIWP LABUAN, BDB

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut