TIADA GANGGUAN BEKALAN UBAT SECARA MENYELURUH DI PASARAN

Tiada gangguan bekalan ubat-ubatan dengan bahan aktif paracetamol bagi rawatan demam dan sakit ringan, vitamin C, serta ubat batuk dan selesema di pasaran.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Norhaliza A Halim melalui kenyataan pada Jumaat memaklumkan, kebanyakan produk terbabit mempunyai alternatif dari pelbagai jenama lain yang mempunyai indikasi sama.

Menurut laporan media, berlaku kekurangan bekalan ubat-ubatan dan bahan mentah bagi produk farmaseutikal melibatkan ubat-ubatan untuk rawatan demam, selesema dan batuk, sakit tekak, antibiotik, ubat tahan sakit serta ubat-ubatan bagi mengurangkan gejala penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Norhaliza berkata, terdapat peningkatan permintaan mendadak bagi beberapa jenis ubatan seperti produk dengan bahan aktif paracetamol bagi rawatan demam dan sakit ringan, vitamin C serta ubat batuk dan selsema untuk kegunaan kanak-kanak.

Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh pihak industri farmaseutikal dalam satu perjumpaan bersama Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI), Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) dan Malaysia Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS) semalam.

“Pihak pengilang juga telah meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang tinggi,” katanya.
Norhaliza berkata, KKM sedang mendapatkan maklum balas lanjut daripada pihak industri berhubung status sebenar bekalan ubat-ubatan yang dihasilkan di Malaysia atau diimport serta isu-isu berkaitan dengannya.

Beliau memberitahu, pemantauan ketat dan penyelesaian terhadap setiap isu dialami akan diteliti melalui komunikasi berterusan antara Kementerian Kesihatan dan pihak industri farmaseutikal bagi memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan berkualiti, selamat dan berkesan kepada rakyat Malaysia.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

DUN SABAH: KERAJAAN NEGERI TEKAD TANGANI ISU BEKALAN AIR

KOTA KINABALU (18 April): Kerajaan Sabah bertekad untuk terus menangani isu bekalan air di negeri ini selain akan turut memperkasa …
Maklumat Lanjut

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) YDH CP …
Maklumat Lanjut

PEMBATALAN PENERBANGAN: KESELAMATAN PENUMPANG JADI KEUTAMAAN – KETUA MENTERI

KOTA KINABALU (18 April): Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata keselamatan penumpang menjadi keutamaan berikutan langkah syarikat penerbangan …
Maklumat Lanjut