MALAYSIA BELAJAR KEJAYAAN TURKI KAWAL SEMPADAN DICEROBOHI PATI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pendatang Asing Tanpa Izin)

Kementerian Dalam Negeri bersedia memperluaskan kerjasama dengan Turki dalam bidang kawalan sempadan daripada pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI). Perkara itu antara topik dibincangkan menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika sesi kunjungan hormat ke atas Presiden Recep Tayyip Erdogan di Ankara, Turki pada 31 Mei lalu.

YB Menteri KDN memaklumkan perbincangan secara mendalam juga meliputi inisiatif untuk pengembangan kerjasama yang strategik sedia ada dan berkongsi pengalaman. Sesi pertemuan rasmi tersebut berlangsung di Istana Presiden dan turut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu yang terkenal dengan reputasi ketegasan di republik itu.

Negara Islam berkenaan menjadi tumpuan PATI kerana berkongsi sempadan darat sepanjang 2,648 kilometer dengan Armenia, Azerbaijan, Bulgaria, Georgia, Greece, Iran, Iraq dan Syria. Ramai kalangan imigran termasuk warga Afghanistan dan negara-negara dari benua Afrika menjadikan Turki sebagai transit berhijrah ke Eropah bagi mencari kehidupan yang lebih selesa.

Sumber:

KOSMO

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut