DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Pemeriksaan Pematuhan SOP (Fasa Peralihan Ke Endemik), Pemeriksaan Harga dan Bekalan Ayam, Tepung Gandum, Minyak Masak, Pemeriksaan Penandaan Harga dan Pemeriksaan Alat Timbang Sukat pada 2 Jun 2022 di Mydin Bukit Jambul dan premis di kawasan sekitar.
Pemeriksaan dilakukan oleh 3 orang pegawai terhadap 28 premis perniagaan. Dalam pemeriksaan tersebut, 1 tindakan kes dihasilkan dibawah Akta Timbang Sukat 1972.