KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS PULAU PINANG – OP CANTAS KHAS – AHLONG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Georgetown, 02 Jun 2022 – YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri Sidang Media di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Dalam sidang Media tersebut telah dimaklumkan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau Pinang.

“?? ?????? ???? – ??????”

Pada 24/05/2022, Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pulau Pinang telah melancarkan satu operasi bagi membanteras kumpulan AHLONG yang menjalankan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen. Kumpulan ini dipercayai turut terlibat dalam kejadian jenayah khianat simbah cat, khianat dengan api dan ugutan jenayah di sekitar Pulau Pinang.

Bertindak atas maklumat, beberapa serbuan dalam “Op Cantas Khas” ini telah dilakukan dan berjaya menangkap seramai (9) subjek yang dipercayai dari sindiket AHLONG tempatan yang bergiat aktif di Pulau Pinang. Salah seorang tangkapan dipercayai ketua sindiket yang berumur 28 tahun dan mempunyai (2) rekod jenayah lampau. Turut dirampas adalah beberapa dokumen yang dipercayai melibatkan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen.

 

Sumber:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut