TAKLIMAT & PELANTIKAN SUKARELAWAN KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR – Hampir 100 orang Sukarelawan Kuala Lumpur telah hadir secara bersemuka dan maya (hibrid) untuk mendengar taklimat penyelarasan gerak kerja dan menerima surat tawaran pelantikan sebagai Sukarelawan Kuala Lumpur yang diadakan pada 1 Jun 2022 bertempat di Dewan Komuniti Taman Ibukota.

Taklimat ringkas namun penuh berinformasi telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hasif bin Hussin, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) DBKL merangkap urusetia program ini.

Program ini merupakan salah satu inisiatif DBKL dalam mendepani bencana banjir kilat yang kerap berlaku mutakhir ini.

DBKL mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh para sukarelawan ini yang jelas menunjukkan rasa sayang mereka terhadap bandar raya ini. Keperihatinan mereka untuk turut sama mengembeling tenaga tatkala diperlukan amat dihargai.

DBKL turut mengucapkan selamat bertugas kepada para sukarelawan ini bilamana tenaga mereka akan digerakkan kelak. Majlis taklimat ini telah dirasmikan oleh Encik Norazman bin Mahlin, Timbalan Pengarah Kanan JPKKB. Hadir bersama ialah Encik Marwan bin Desa, Timbalan Pengarah JPKKB.

#klbandarku

#klbandaruntuksemua

#kl50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …