1,180,415 KANAK-KANAK DI MALAYSIA LENGKAP DIVAKSIN

Sebanyak 1,180,415 atau 33.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,728,942 atau 48.6 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,914,722 atau 93.7 peratus sudah lengkap divaksin, manakala 3,011,068 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,100,274 atau 68.4 peratus individu dewasa di negara ini sudah menerima suntikan dos penggalak, sebanyak 22,975,123 atau 97.6 peratus sudah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,598 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 4,666 dos harian diberikan semalam meliputi 563 dos pertama, 2,557 dos kedua dan 1,546 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,947,904.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat COVID-19 semalam dengan masing-masing satu kes di Johor dan Melaka.

SUMBER: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …