BUDIMU DISANJUNG, JASAMU DIKENANG

 

Kota Bharu,31 Mei 2022: Selamat bersara YBrs. Tuan Haji Nik Azhan Bin Ab Hadi, Timbalan Pengarah JPJ Negeri Kelantan setelah berkhidmat selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam. Kami seluruh warga cemerlang JPJ Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tuan di atas sumbangan dan komitmen tuan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada YBrs. Tuan Haji Nik Azhan Bin Ab Hadi, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Kami seluruh warga cemerlang JPJ Negeri Kelantan mengucapkan selamat maju jaya tuan.
Teruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Kelantan untuk mendapatkan informasi terkini.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …