BENGKEL ADFELPS DAN PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS PEGAWAI NAUNGAN 4 DIV ANJURAN 12 BGD

KUALA LUMPUR: Briged Kedua Belas Infantri Malaysia telah menganjurkan Bengkel ADFELPS dan Pemantapan Bahasa Inggeris bagi pegawai bawah naungan 4 Div pada 23 dan 24 Mei 22 di Dewan Dato’ Othman Harun (DDOH). Seramai 21 pegawai telah menyertai bengkel ini dan telah mengambil ujian Pra ADFELPS dan Pra ECL bagi mengukur tahap penguasaan kemahiran Reading, Writing, Listening dan Speaking sebelum menduduki ujian sebenar. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk memberi panduan dalam meningkatkan keyakinan berkomunikasi para peserta dalam Bahasa Inggeris dengan lebih efektif di setiap konteks penugasan.

Bengkel ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan berhubung teknik-teknik untuk menjawab ujian ADFELPS kepada pegawai muda yang akan menghadiri lembaga tauliah tetap serta pegawai2 yang akan menghadiri kursus staf college dan kursus luar negara.

Penceramah jemputan adalah daripada Sel Bahasa dan Terjemahan, Jab Arah Pendidikan iaitu Lt Kdr Lesleigh Teresa Mather (Australian Language Advisor) dan Mej Mazrah binti Ahmad PS 2 Bahasa & Terjemahan. Majlis Penutup Bengkel ADFELPS ini telah dirasmikan oleh Brig Jen Sani S Omar, Panglima Briged Kedua Belas Infantri Malaysia.

Pelaksanaan program ini seiring dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Profesional Enggagement.

– Markas Briged Kedua Belas Infantri Malaysia

 

SUMBER: FB MARKAS 12 BRIGED https://www.facebook.com/profile.php?id=100064406515612

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …