KEY NOTE ADDRESS KEPADA PENUNTUT KURSUS KETAHANAN NASIONAL KOHORT 3/2022, MAKTAB KETAHANAN NASIONAL, ANGKATAN TENTERA MALAYSIA.

PERAK,31 MEI 2022 – Satu sesi dialog bersama penuntut kursus Ketahanan Nasional Kohort 3/2022, Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah berlangsung pada 26 Mei 2022 bertempat di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) Ipoh.

Sesi dialog ini yang melibatkan penuntut kursus Ketahanan Nasional Kohort 3/2022, MKN yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan daripada ketiga-tiga perkhidmatan ATM yang berpangkat Kolonel / Brigedier Jeneral dan setaraf berhubung dengan Isu-isu Keselamatan Sempadan khususnya di Negeri Perak ini turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad.

Turut hadir Yang Berbahagia Mejar Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam Bin Haji Jaafar, Komandan Maktab Ketahanan Nasional, Yang Berbahagia Mejar Jeneral (Bersara) Dato’ Abdul Rahim Bin Mohd Yusuff, Pengarah Akademik Maktab Ketahanan Nasional, Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Mohd Azmurin Bin Mat Khalib, Panglima 2 Briged, Yang Berusaha Tuan Khairul Ridzuan Bin Mat Said, Pengarah Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak, Yang Berusaha Tuan Abdul Rahim Chung@Abdul Rahim Bin Md.Ram, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Perak (Kawalan) dan Yang Berusaha Penolong Kanan Pengarah Kastam 1, Tuan Suhaimi Bin Rahmani, Ketua Bahagian Operasi, Marin dan Khidmat Sokongan, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Perak.

Sesi dialog yang bertemakan “Malaysia’s Territorial Sovereignty and Integrity” ini telah bermula dengan sesi ucaptama daripada YAB Menteri Besar Perak serta taklimat daripada YBrs. Pengarah Keselamatan Negeri Perak bertajuk Managing Malaysian Border: The Challenges and Prospect in Maintaning the Nation’s Security.

Diharapkan dengan platform yang dilaksanakan ini akan dapat membantu dalam memastikan kedaulatan persempadan yang sentiasa terpelihara.

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut