ASRAMA PEKERJA ASING: SESI LIBAT URUS LEBIH TELUS PERLU DIADAKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Satu sesi libat urus yang lebih telus berhubung cadangan pembinaan asrama pekerja, Pembangunan Kuarters (Penginapan) Pekerja Berpusat atau Centralized Labour Quarters (CLQ) perlu dilakukan demi rakyat khususnya penduduk di sekitar Bertam untuk meredakan keresahan mereka.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sesi tersebut perlu melibatkan tiga pihak iaitu kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) serta pemaju.

Beliau menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan cadangan itu (CLQ). Lebih 50 penduduk termasuk ahli kariah masjid di sekitar Bertam berkumpul bagi membantah cadangan pembinaan CLQ terbabit.

Rata-ratanya berpendapat, pembinaan tersebut akan menimbulkan beberapa masalah khususnya kepada penduduk setempat seperti masalah sosial, pencemaran, kesesakan dan sebagainya. Dalam pada itu, Reezal Merican yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberitahu, cadangan pembinaan CLQ di kawasan berkenaan sememangnya dikhuatiri akan mengganggu-gugat ketenteraman serta keselesaan penduduk setempat.

Sumber:

Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut