MUALAF FOKUS KEPADA PENGISIAN KURSUS INTENSIF FARDU AIN (KIFA) PERINGKAT ASAS SIRI KE-3

KUALA LUMPUR, 28 MEI 2022 – KIFA Siri 3/2022 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berjalan dengan baik bermula seawal jam 7.30 pagi bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Nasri bin Yusof.

Sesi taklimat dan ‘Ice Breaking’ pembukaan kursus disempurnakan oleh Ustaz Abuzar bin Zainudin, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kebajikan dan Pengukuhan Akidah, Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.

Bermula pada jam 9.00 pagi, ceramah bagi Slot Pertama bertajuk “Selamat Kembali Kepada Fitrah” (Perkukuhkan Asas Fardhu Ain); telah disampaikan secara santai dan jelas melalui pengkongsian yang dekat dengan hati para peserta oleh Ustaz Zainal Abidin bin Abdul Rahim yang pendakwah bebas dari Hidayah Centre Foundation. Peserta kursus memberi respon yang amat baik sepanjang slot pertama berlangsung dan KIFA Siri 3/2022 berhenti rehat seketika tepat jam 11:00 pagi bagi sesi bergambar bersama penceramah seterusnya memberi laluan kepada kerehatan minda para peserta.

Pada jam 11.10 pagi pula, Slot kedua dimulakan oleh Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim, dari Bahagian Pengurusan Dakwah, Kuala Lumpur membentangkan tajuk : “Suci dan Solat” menggunakan paparan slaid berkaitan bersuci dan solat. Peserta kursus diberi kebebasan untuk mengajukan soalan.

Seterusnya, pada jam 1.15 tengah hari, para peserta diberikan masa sehingga 2.00 petang untuk makan tengah hari sebelum Slot ketiga iaitu sesi praktikal dan amali ibadah solat yang dikendalikan oleh 4 fasilitator dijalankan di Surau Al-Hidayah, Kompleks Darul Hidayah sehingga jam 5.00 petang. Menyusul kemudian, satu majlis ringkas dijalankan dimana para peserta diberikan sijil penyertaan dan minuman petang.

Diharapkan kursus ini dapat menambah kefahaman dan minat mualaf untuk terus mendalami ilmu-ilmu Fardhu Ain. KIFA Siri 2/2022 ini ditangguhkan tepat jam 5.00 petang. KIFA dalam bahasa Inggeris akan dijalankan pada awal Jun 2022.

Disediakan oleh,

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut