AWAS!! JANGAN JADI KELDAI AKAUN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG)

Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menerusi FB rasmi telah mengeluarkan peringatan kepada masyarakat berkaitan keldai akaun. Jenayah yang membimbangkan ini dilihat semakin menjadi-jadi dan seringkali dipaparkan kesnya di media massa.

Antara peringatan yang dikeluarkan oleh IPD Timur Laut adalah :
1. Jangan berikan akaun bank anda kepada mana-mana pihak untuk digunakan.
2. Jangan buat pindahan atau transaksi wang ke akaun yang tidak dikenali atas arahan pihak yang tidak dikenali. Anda boleh menjadi ejen pindahan wang hasil jenayah tanpa anda sedari.
3. Ambil tahu setiap skop pekerjaan yang ditawarkan dalam talian. Curiga dengan skop tugasan yang mudah namun menguntungkan.
4. Anda boleh terjerat menjadi keldai akaun dan akaun anda boleh disenaraihitamkan dan disekat dari membuka akaun bank di mana-mana bank

Orang awam diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menjadi mangsa sebagai keldai akaun. Akaun bank anda adalah tanggungjawab anda!

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …