TAKLIMAT LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA BERSAMA KOMUNITI DI KAMPUNG CHANGKAT DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah menganjurkan Program Taklimat Larangan Pembakaran Terbuka kepada komuniti bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 yang diadakan di Dewan MPKK Kg. Changkat pada 29 Mei 2022.

Taklimat ini adalah bertujuan memberi penerangan berkenaan pencemaran dari aktiviti pembakaran terbuka kepada komuniti di sini. Aktviti lain yang turut diadakan adalah pertandingan mewarna melibatkan murid – murid Tabika Kemas Kg Changkat dan Tabika Kemas Surau Bagan Buaya serta pengumpulan e-waste isi rumah dengan kerjasama Alam Aliran Kualiti (M) Sdn. Bhd.

Dalam majlis yang sama, Timbalan Menteri KASA, Y.Bhg. Dato’ Mansor bin Haji Othman yang juga merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal telah merasmikan Program Taklimat Larangan Pembakaran Terbuka bersama komuniti dan melancarkan secara rasmi lagu Boria Alam Sekitar berkisarkan pembakaran terbuka dan isu-isu alam sekitar. Boria ini adalah nukilan bersama pengarah JAS Pulau Pinang dan penggiat seni Boria terkenal En. Omar bin Md Hashim atau nama penanya Omara.

Majlis ini turut dihadiri oleh Adun Jawi, En. Jason Hng Mooi Lye, yang telah menerima banting larangan pembakaran terbuka untuk diletakkan di pejabat DUN. Hadir sama adalah wakil Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan dan Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …