PENGUATKUASAAN TERHADAP KENDERAAN PERKHIDMATAN BARANGAN (KPB), KESALAHAN LEBIH MUATAN DAN PELBAGAI KESALAHAN LAIN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG)

Seberang Jaya, 30 Mei 2022 – Unit Penguatkuasan Lebih Muatan (UPLM), Unit Operasi bersama SPK Valdor dan SPK Penaga telah berkolaborasi menguatkuasakan pelbagai kesalahan terhadap KPB yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Kaedah-kaedah Pembinaan dan Penggunaan (C&U) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Sepanjang Penguatkuasan yang telah dilaksanakan ini, pelbagai kesalahan telah dikesan seperti:
1. membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan di bawah seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 serta kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959,
2. tiada lesen memandu dan Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL),
3. Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsurans,
4. perakuan pemeriksaan puspakom tamat tempoh,
5. kesalahan teknikal seperti ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran, tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, cermin gelap tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, pasang ‘strobe light’
6. kesalahan lalulintas iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu memandu di lorong kanan berterusan
7. membawa muatan secara bahaya.

Penguatkuasaan secara berfokus dan berterusan terhadap KPB akan terus dilaksanakan secara telus bagi memastikan pemandu dan pengusaha KPB mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa serta memastikan kenderaan yang digunakan selamat di jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan membabitkan KPB di negeri ini.

 

Sumber:

JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PENGANGGUR MILIKI 33 REKOD JENAYAH BERJAYA DIBERKAS DI TAWAU

TAWAU (7 Mei):  Polis menahan dua orang suspek lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kes memecah masuk sebuah kedai runcit di …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI SOKONG PENUH PINDAAN ORDINAN BURUH SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan Negeri menyokong penuh pindaan terhadap Ordinan Buruh Sabah (OBS) bagi memastikan rakyat dan masyarakat industri …
Maklumat Lanjut

GAJI PENJAWAT AWAM NEGERI JUGA AKAN DINAIKKAN – KETUA MENTERI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri akan mengikut langkah kerajaan persekutuan untuk menaikkan gaji penjawat awam seperti diumumkan Perdana Menteri, …
Maklumat Lanjut