PROGRAM KHAS JUALAN TERUS DARI LADANG DAN MYRAKYAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perkongsian Kemakmuran yang Adil, Menyeluruh & Berkekalan)

Sedang berlangsung  di hadapan Pejabat MBSP Perda, Seberang Perai Tengah, Program Khas Jualan Terus Dari Ladang & MyRakyat. Program yang diajdualkan sehingga jam 7.00 malam ini menjual pelbagai produk makanan dan minuman serta barangan keperluan dapur. Selain itu, kaunter perkhidmatan pelanggan FAMA turut dibuka dan jualan produk adalah terus dari ladang.

Program MyRakyat dilaksanakan FAMA dengan sokongan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), menyediakan pelbagai program khidmat pemasaran oleh agensi itu. Program ini bermanfaat bagi menjalin hubungan perniagaan antara usahawan dan pengguna serta sebagai inisiatif mengurangkan kos sara hidup rakyat dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara.

Sumber:

FAMA Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

KEBURUKAN SIKAP SUKA BERTANGGUH DALAM KEHIDUPAN

Dalam meniti arus kemodenan yang serba pantas ini, pengurusan masa yang cekap merupakan kunci utama kejayaan seseorang. Namun begitu, masih …

KEAJAIBAN RASA BOSAN DALAM ERA DIGITAL

Dalam era digital yang serba pantas dan sarat dengan rangsangan teknologi, perkataan “bosan” sering dianggap sebagai satu keadaan yang negatif …

DETOKS DIGITAL: MEMPERKUKUH INSTITUSI KELUARGA DI ERA GAJET

Dalam arus kemodenan yang dipacu oleh kemajuan teknologi maklumat, peranti pintar telah menjadi sebahagian daripada rutin harian setiap isi rumah …