KERAJAAN NEGERI PERUNTUKAN RM100 RIBU RANCAKKAN BANDAR PELANCONGAN ISLAM

 

BACHOK – Selari dengan slogan Bachok sebagai Bandar Pelancongan Islam, Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) melalui peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM100,000 telah berjaya menghasilkan empat buah inap desa untuk pelancong hadir dan merasai sendiri suasana pengajian di pondok tersebut.
“Selain mempunyai lokasi yang strategik berhampiran dengan pantai serta memiliki seni bina menara masjid yang unik untuk dilawati, kita juga ingin mengesyorkan kepada masyarakat tempatan dan di luar sana supaya datang untuk menginap dan mengikuti kuliah agama yang berlangsung di sini, sebagaimana kita tahu bahawa pondok ini telah melahirkan ramai ilmuan agama yang hebat,” katanya.
Berhubung perkara yang sama, Syeikh Pusat Pengajian Pondok YIK Ustaz Mohamad Mohd Noor berkata di samping pengunjung datang melancong, mereka juga berpeluang untuk menadah kitab atau mengikuti pembelajaran ilmu agama yang telah diprogramkan dan disusun oleh pihak pondok.
“Insyallah, mudah-mudahan apabila secara rasminya operasi pondok untuk pelancongan Islam ini dirasmikan, apa yang dicetuskan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah sekian lama untuk mewujudkan ‘Pondok Pelancongan Islam’ dapat direalisasikan,” katanya.

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut