IMEDIKEL MILIK ANAK JATI KELANTAN TERUS BERKEMBANG, SUMBANG KEBAIKAN KEPADA MASYARAKAT

 

KOTA BHARU – IMedikel Pharmacy bukan sahaja menyediakan keperluan kesihatan kepada orang ramai, malah dengan kerjasama dari Kota Bharu Veterinar Centre, telah berjaya menubuhkan rangkaian farmasi pertama yang menyediakan jualan untuk produk perubatan dan penjagaan veterinar.
Sesuai dengan senario cabaran kesihatan sedunia termasuk COVID-19 yang melanda sehingga kini, IMedikel yang berada dalam industri pengilangan farmaseutikal, peruncitan farmasi dan penjagaan kesihatan mempunyai kelebihan dan kemampuan untuk terus menyumbang kebaikan kepada masyarakat.
Sementara itu, pembukaan cawangan baru farmasi, kiosk jenama Telio dan Pembinaan kompleks kilang baharu di Pengkalan Chepa oleh IMedikel akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti seterusnya akan dapat meningkatkan ekonomi tempatan khususnya di negeri ini.
Dalam perkembangan yang sama, LED Billboard besar di Bangunan Wisma IMedikel ini pula akan menjadi satu medium komunikasi kepada umum, bukan sekadar untuk pengiklanan, tetapi juga bagi menyampaikan maklumat oleh agensi-agensi kerajaan yang bekerjasama dengan IMedikel seperti Kerajaan Negeri, MPKB-BRI, RTM, KKM dan lain-lain agensi.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …