ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA RAKAN MEDIA

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) telah mengadakan Advokasi Keselamatan Jalan Raya bertempat di perkarangan Wisma Bernama hari ini. Advokasi memfokuskan kepada keselamatan pengguna jalan raya dan khusus kepada pegawai dan kakitangan Bernama pada 20 Mei 2022 yang lalu.

Tujuan utama advokasi ini diadakan adalah bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa berwaspada dan sentiasa patuh kepada peraturan lalulintas. Pemberian risalah keselamatan jalan raya dan goodies diberikan kepada pegawai dan kakitangan di Wisma Bernama.

Program advokasi secara berterusan ini merupakan salah satu usaha dalam memberikan pendidikan dan panduan kepada pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas ketika berada di jalan raya.

 

SUMBER: FB JABATAN PENGANGKUTAN JALAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR  https://www.facebook.com/JPJWPKL

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …