LAWATAN TURUN PADANG MENTERI DALAM NEGERI KE KAUNTER PASPORT JABATAN IMIGRESEN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2022 – YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri turun padang ke Kaunter Pasport Jabatan Imigresen W.P Kuala Lumpur yang bertempat di Kompleks Mini KDN, Jalan Duta.

YB Dato’ Seri juga memantau proses permohonan & memperbaharui pasport yang sesak akibat peningkatan permohonan luar jangka selepas pembukaan sempadan negara selepas menuju ke fasa endemik.

Jabatan Imigresen juga telah melanjutkan waktu pembukaan pejabat pasport sehingga 10.00 malam di kawasan tumpuan seluruh negara bagi memastikan proses permohonan pasport berjalan lancar. Orang ramai dinasihati untuk mengisi permohonan pasport secara online di https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport…

Turut hadir sama YBhg Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Setiausaha KDN, YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Pengarah Imigresen dan Pegawai-pegawai Kanan KDN serta Jabatan Imigresen Malaysia.

Jabatan Imigresen Malaysia

#KeselamatanTanggungjawabBersama

#KitaDemiNegara

#KDN_TogetherWeAreOne

Sumber : FB KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)  https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …